top of page

TVET 2.0 Perkasa Kemahiran, Rapatkan Jurang Industri

Writer: Editor Mahir Media
Editor Mahir Media
Oct 29
1 min read

Updated: Oct 29


TVET 2.0 Perkasa Kemahiran, Rapatkan Jurang Industri
TVET 2.0 Perkasa Kemahiran, Rapatkan Jurang Industri

MELAKA, 27 Oktober 2026 — Malaysia sedang membangunkan TVET 2.0 bagi tempoh 2026–2035 untuk memperkukuh latihan kemahiran dan memastikan bakat tempatan lebih bersedia memenuhi keperluan industri.


Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata hala tuju itu memberi penekanan kepada pembaharuan dasar, peningkatan kompetensi tenaga kerja dan peluasan akses latihan.


Empat sesi libat urus melibatkan 256 peserta telah diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Pahang. Pandangan yang diterima sedang diperhalusi bagi membentuk perancangan TVET yang lebih responsif terhadap perubahan ekonomi dan teknologi.


Turut diberi perhatian ialah cadangan Indeks Kompetensi Nasional (NCI) untuk mengenal pasti jurang kemahiran berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan sikap tenaga kerja.


Inisiatif yang dicadangkan diterajui Kementerian Pendidikan Tinggi melalui MyRIVET di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia itu bertujuan membantu perancangan latihan semula dan peningkatan kemahiran mengikut keperluan sebenar industri.


Akses masyarakat kepada latihan turut diperkukuh melalui pembelajaran sepanjang hayat di Kolej Komuniti, dengan kursus fleksibel yang menyokong kebolehpasaran serta peluang menjana pendapatan.


Menurut Ahmad Zahid, kerjasama kerajaan, industri dan institusi latihan penting untuk menjadikan TVET pilihan utama kerjaya serta melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing.

Comments


bottom of page