top of page
Artikel Keseluruhan
MAHIR.MEDIA


TVET Malaysia-China: Malaysia Mesti Tampil Sebagai Kuasa TVET Global, Dukung Kepimpinan Ahmad Zahid
YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama 25 menteri dan delegasi dari 40 negara berhimpun di World Vocational and Technical Education Development Conference (WVTEDC) 2026 di Tianjin, Republik Rakyat China 17 Oktober 2026 Oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib Pengerusi RISDA, Pengerusi Lembaga Penasihat BELIA MAHIR dan Ahli Parlimen Tenggara Lawatan kerja YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis TVET Negara ke China pada 12
Oct 174 min read


Diplomasi TVET: Membina Jambatan Kemahiran, Memperkukuh Masa Depan Malaysia
YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis TVET Negara memberikan ucaptama di 2026 World Vocational and Technical Education Development Conference di Tianjin, China Oleh: Mohammad Rizan Hassan Presiden BELIA MAHIR merangkap Ahli Majlis TVET Negara Hubungan diplomatik antara negara semakin memerlukan pendekatan yang dekat dengan kehidupan rakyat. Selain perdagangan, pelaburan dan keselamatan, pendidikan serta pembangunan kemahiran haru
Oct 164 min read


Luban Workshop perlu hadir di Malaysia, perkukuh TVET dan masa depan belia
Mohammad Rizan Hassan Presiden BELIA MAHIR merangkap Ahli Majlis TVET Negara TIANJIN, 16 Oktober 2026 — Penyertaan BELIA MAHIR bersama YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam Persidangan Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknikal Dunia 2026 membuka ruang memperkukuh kerjasama TVET Malaysia-China. Antara perkembangan penting ialah pelawaan Malaysia supaya pusat latihan Luban diwujudkan bagi memperluas akses kepada kepakaran, teknologi dan pemb
Oct 163 min read


Pengangguran dan Ketidakpadanan Kemahiran Kekal Cabaran Belia
Kejayaan pembangunan belia perlu diukur melalui kemahiran yang digunakan, pendapatan yang bertambah dan masa depan yang semakin terjamin. - Rizan Hassan Oleh Mohammad Rizan Hassan Presiden BELIA MAHIR merangkap Ahli Majlis TVET Negara Pengangguran belia tidak boleh dilihat sekadar masalah orang muda belum mendapat pekerjaan. Di sebalik permohonan kerja yang tidak berjawab, terdapat persoalan lebih besar tentang hubungan antara pendidikan, latihan, keperluan industri dan pelua
Oct 163 min read


Gen Z Sukar Diurus, atau Kita Sukar Dipercayai?
Gen Z Sukar Diurus, atau Kita Sukar Dipercayai? “Susah hendak mengurus Gen Z.” Ungkapan ini sering menjadi jalan mudah untuk menjelaskan cabaran di tempat kerja, institusi latihan dan pertubuhan belia. Anak muda dilabel terlalu sensitif, banyak bertanya, kurang sabar dan tidak tahan tekanan. Namun, sebelum menjadikan generasi sebagai punca masalah, orang dewasa perlu bertanya: adakah pendekatan kita masih sesuai, dan adakah kita sudah membina kepercayaan mereka? Persoalan ini
Oct 143 min read


TVET Malaysia: Acuan Nasional, Standard Global
TVET Malaysia: Acuan Nasional, Standard Global Oleh Mohammad Rizan Hassan Presiden BELIA MAHIR merangkap Ahli Majlis TVET Negara Hasrat China melancarkan Kerangka Standard Pendidikan Teknikal dan Vokasional Dunia membuka ruang baharu dalam kerjasama pembangunan kemahiran antarabangsa. Kerangka yang dijadualkan diperkenalkan pada persidangan pendidikan vokasional dunia di Tianjin, pada 15 hingga 17 Oktober 2026, bertujuan menggalakkan pengiktirafan bersama standard pendidikan
Oct 143 min read


Daripada Mengurus kepada Membina Potensi: Pendekatan PYD untuk Menyantuni Pekerja Generasi Z
Daripada Mengurus kepada Membina Potensi: Pendekatan PYD untuk Menyantuni Pekerja Generasi Z Kemasukan Generasi Z ke dalam alam pekerjaan sering mencetuskan perbincangan tentang sikap, kesetiaan dan jangkaan mereka terhadap majikan. Ada yang menganggap golongan ini mudah bosan, terlalu mementingkan fleksibiliti atau kurang tahan menghadapi tekanan. Namun, tanggapan umum seperti itu tidak semestinya menggambarkan setiap individu. Perbezaan pengalaman, latar pendidikan, keadaan
Oct 117 min read


RM500juta Untuk PTPK Amat Mengecewakan, Belia Mahir Gesa Pembiayaan Ditingkatkan Kepada RM1bilion
KENYATAAN MEDIA 9 Oktober 2026 PERTUBUHAN KEBANGSAAN PEKERJA BERKEMAHIRAN (BELIA MAHIR) menyifatkan pembiayaan RM500 juta yang diumumkan bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dalam Belanjawan 2027 sebagai amat mengecewakan, khususnya ketika negara meletakkan harapan besar terhadap TVET untuk membangunkan tenaga kerja berkemahiran. Kami mengalu-alukan peruntukan RM8 bilion bagi TVET rentas kementerian serta pelbagai inisiatif latihan dan pekerjaan untuk anak
Oct 112 min read


Peruntukan RM8 bilion bagi TVET komitmen penting untuk masa depan belia
Peruntukan RM8 bilion bagi TVET komitmen penting untuk masa depan belia Kuala Lumpur: Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR) menyifatkan peruntukan RM8 bilion bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai komitmen penting terhadap masa hadapan belia. Presiden BELIA MAHIR, Mohammad Rizan Hassan berkata, sasaran 30,000 peluang pekerjaan melalui BAKAT MADANI, latihan robotik dan digital untuk 10,000 belia melalui Lembaga Pembangunan Industr
Oct 112 min read


Bajet 2027: Industri Bernilai Tinggi Perlukan Bakat Berkemahiran
Pelaburan dalam semikonduktor, AI dan teknologi hijau membuka ruang pertumbuhan baharu. Cabaran seterusnya ialah memastikan syarikat tempatan dan tenaga kerja Malaysia mampu mengambil bahagian dalam peluang tersebut. Bajet 2027 memberi isyarat jelas bahawa Malaysia mahu bergerak ke arah industri yang menghasilkan nilai tambah lebih tinggi. Semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan tenaga baharu antara sektor yang diberi perhatian. GLIC menggembleng pelaburan
Oct 112 min read


Standard dunia, acuan Malaysia
Keterbukaan kepada amalan terbaik antarabangsa penting untuk memajukan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia. Perubahan teknologi, kaedah pengeluaran dan keperluan pekerjaan menuntut sistem latihan sentiasa diperbaharui. Namun, keterbukaan itu perlu berpaksikan pendirian jelas: kefungsian Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), kewibawaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dan identiti TVET negara mesti dipertahankan. Sebagai pengamal industri d
Oct 103 min read


Fahami STEM, perjelas identiti TVET
Dalam membicarakan pembangunan bakat negara, Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering disebut bersama. Hubungan kedua-duanya memang penting. Namun, apabila digabungkan tanpa menjelaskan tujuan dan hasil pembelajaran masing-masing, masyarakat boleh keliru. Penguasaan ilmu, pendedahan teknologi dan kompetensi pekerjaan akhirnya dianggap perkara yang sama. Sebagai pengamal industri dan penggiat TVET di
Oct 104 min read
bottom of page
.png)